Posts

 CERITA DARI SEORANG SAHABAT: DARI AMIR UNTUK AMIR

  CERITA DARI SEORANG SAHABAT (4.1.2026/15 Rejab 1446) Aku kalau boleh nak elak jadi pengapit, ramai yang dah cuba try, tapi jodoh tak kesampaian. Bukan takut badi tak kahwin ke apa, tak percaya pun semua tu, tapi disebabkan kekangan masa antara kerja dengan belajar (orang lain belajar jugak tapi course aku ni leceh, ada praktikal test, ada exam, ada kelas fizikal dengan online). Itupun masa hari sanding pagi tu ada kelas online lagi, nasiblah boleh skip dan ada recording tuk tengok balik nanti. Untuk kedua kalinya, selepas 6 tahun, aku sekali lagi tak boleh nak tolak ajakkan orang nak naik pelamin bersama. Aku tolak jugak awal-awalnya, dah tak ada orang lain ke yang layak?. Rem berkeras jugak, aku pun dah tak boleh nak tolak. Kalau buat keras kepala aku jugak,  takut Rem berkecik hati. Walhal, family Rem ni aku dah kenal hampir semua dan dorang pun dah selalu kut tengok muka aku datang melawat ke rumah dorang.       Dari mana aku kenal Rem ni tak p...

 DIARI MISI LELAKI: Kisah 10: MATI HIDUP SEMULA

Image
  DIARI MISI LELAKI: Kisah 10: MATI HIDUP SEMULA IMBAS KEMBALI         Selamanya aku kerja sebagai seorang jururawat ni, percaya tak hanya ada satu kes je yang aku rasa kes tu bagai "mati hidup semula" . Kes yang boleh diklasifikasikan sebagai dah tak ada harapan tetapi pesakit tersebut berjaya 'hidup semula'. Bukan jarang jarang berlaku, hampir tiada langsung kecuali kes ni satu-satunya. SEKARANG        " I don't think he can survive this," kata Dr. Chong sambil mengeleng-geleng kepala usai pulang dari Scan CT Brain (kepala; dia macam X-Ray tapi lagi 2D. Kalau MRI lagi 3D gambarnya). Balik dari Scan otak tu sambung pulak buat EEG ( EEG ni macam ECG, tapi nak tengok brain activity je).        " You see the EEGlah.." kata beliau lagi sambil mulut memuncung tunjuk mesin EEG dalam bilik tersebut dan mengeleng-geleng kepala maksudnya memang tak ada harapan dah. Aku pun tak reti pasal EEG ni,...

 DIARI MISI LELAKI: Kisah 09

Image
DIARI MISI LELAKI Kisah 09: Temuduga      01: Menganggur *Pertengahan Jun 2010       " Pihak kami janji lepas raya Aidilfitri nanti kami akan panggil pelajar-pelajar yang dah grad untuk bekerja dengan kami di Hospital UiTM " Bergegar gamat dewan bunyi tepukan tangan dengan sorakan seolah-olah kerusi Dun bertanding baru diumumkan pemenang sebentar tadi. Tambah beliau lagi, lebih empat puluh jawatan baru akan di sediakan dan para graduan segar-laku keras seperti kami ini di suruh hantar resume dengar kadar segera mungkin. Katanya anak-anak UiTM akan didahulukan. Pasti. Disember 2010       Hampir enam bulan berlalu, bukan setakat Raya Aidilfitri je berlalu, hatta Raya Haji pun berlalu tanpa sedar tu pun masih belum ada khabar berita. Tiada sebarang jawapan atau panggilan nak temuduga kerja. Seorang pun tak dapat lagi.       Dalam masaa enam bulan itu juga, aku dan kawan-kwan menjadi penganggur. D...

 DIARI MISI LELAKI: Kisah 08

Image
  DIARI MISI LELAKI KISAH 08: DISLEKSIA: KELEBIHAN ATAU KEKURANGAN        Aku adalah seorang manusia yang normal dan waras tetapi aku mempunyai penyakit Dislexia. Bila aku cakap benda ni di zaman sekarang atau tanya pada warganet serba cepat mahir bersosial, aku yakin di tahun 2020 ni mungkin lebih separuh rakyat Malaysia tak pernah dengar walaupun ramai lebih mengharapkan idea kereta terbang dapat di realisasikan. Tak tahu yang mana lagi nak di kecewakan dulu. Sebagai seorang ibu bapa yang ada anak ke sekolah dan bawa balik keputusan peperiksaan yang mengundang pemikiran seperti "tak cukup ke beras aku tanak selama ni" atau "salah makan apa anak aku ni" jangan terlalu cepat melatah. Mungkin mereka adalah salah seorang penghidap Disleksia.         Apa itu Dislexia; "Dyslexia is a learning disorder that involves difficulty reading due to problems identifying speech sounds and learning how they relate to letters and w...

DIARI MISI LELAKI : Hobi vs Kerja

Image
DIARI MISI LELAKI Kisah 07: Hobi vs Kerja         Syif aku untuk malam ni dah hampir berakhir. Ada beberapa jam lagi nak tamat. Banyak benda nak kena buat hari ni. Tapi balik kerja aku kena tidur awal. Lepas sarapan kena masuk tidur terus sebab petang nanti nak kena keluar cari barang.         Macam tulah rutin aku kalau dapat cuti panjang. Kalau dapat cuti lebih dari tiga hari tu dah kira panjang lagi-lagi bila lepas habis kerja malam, kalau tak di panggil buat overtime tu kira paling untung dan jadi topik bualan sepanjang bulan( "untunglah kau tak payah buat overtime"... "cuti panjang nampak"). Bukan tempat kerja aku tak bayar kerja lebih masa ni, bahkan agak lumayan jugaklah berbanding dekat hospital lain.  Kalau jatuh pada waktu cuti umum, kalau maha rajin bolehlah dapat berlipat dua tiga ganda. Kalau nak seribu daya.         Tapi aku rasa dah cukup kut duit yang ada ni. ...

DIARI MISI LELAKI Kisah 06: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Image
  DIARI MISI LELAKI Kisah 06: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga (Gambar Hiasan, yang penting tema tangga)         Tugas aku petang ni kena nak ambik kes post operasi (post operative). Open heart surgery tapi bukan jenis Coronary Artery Bypass atau Valve (Injap) Surgeri. Yang aku lebih nak tau siap dia Pakar Bedah (Surgeon)nya iaitu Dr. Yap dan pakar bius pula Dr. C (Anestetist). Dua-dua orang ni usia dah masuk 60 tahun, tapi masih kuat lagi nak berkhidmat. Aku pernah tanya pada seorang doktor, mengenai usia pencen mereka. Beliau kata dunia kedoktoran (doktor PHd tu tak termasuk) ni istimewa sikit, tak ada umur pencen sebab lesen mereka sah tuk seumur hidup.          Tak macam jururawat, setiap tahun kena diperbaharui lesen masing-masing dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM). Setiap nombor lesen akan mewakili sebilangan nombor yang merupakan nombor pendaftaran masing-masing, senang cerita macam nombor plat ker...

DIARI MISI LELAKI : Abang Senior

Image
DIARI MISI LELAKI Kisah 05: Abang Senior          "Hai Abang Amir" Dah datang dah amoi ni. Bila nak sesuatu mesti baru nak berabang-abang dengan aku. Tua pulak bila orang panggilaku abang ni          "What U want now. I'm very busy here" . Terus aku bagi alasan. Badan aku pusing membelakangnya Aku ni baru jer nak duduk mengadap jadual kerja yang baru keluar petang tadi. Ni pun baru nak dapat pegang kulit fail keras ni.           Setiap petang jumaat untuk dua minggu sekali, jadual kerja kami akan keluar. Aku baru ada peluang nak menelaah jadual tersebut. Baru dapat singgah kat tangan sebab asyik menghilang berpindah tangan seorang demi seorang. Diorang ni bukan nak tengok jadual sendiri sangat, tapi sibuk nak tahu jadual orang lain sama. Sibuk betul nak tahu siapa dapat cuti paling banyak lepas tu nak soal selidik cuti lama-lamu nak gi mana.    ...