DIARI MISI LELAKI : Abang Senior
DIARI MISI LELAKI
Kisah 05: Abang Senior
"Hai Abang Amir" Dah datang dah amoi ni. Bila nak sesuatu mesti baru nak berabang-abang dengan aku. Tua pulak bila orang panggilaku abang ni
"What U want now. I'm very busy here" . Terus aku bagi alasan. Badan aku pusing membelakangnya Aku ni baru jer nak duduk mengadap jadual kerja yang baru keluar petang tadi. Ni pun baru nak dapat pegang kulit fail keras ni.
Setiap petang jumaat untuk dua minggu sekali, jadual kerja kami akan keluar. Aku baru ada peluang nak menelaah jadual tersebut. Baru dapat singgah kat tangan sebab asyik menghilang berpindah tangan seorang demi seorang. Diorang ni bukan nak tengok jadual sendiri sangat, tapi sibuk nak tahu jadual orang lain sama. Sibuk betul nak tahu siapa dapat cuti paling banyak lepas tu nak soal selidik cuti lama-lamu nak gi mana.
Macam aku ni, aku tak suka kepoh-kepoh pasal jadual orang lain. Aku cuma nak tahu cuti yang aku minta tiga bulan lepas diluluskan ke tak. Surat aku tulis, sistem E-rostering pun dah key in dan buku log pun aku dah booking siap-siap tarikhnya.
Kalau cuti biasanya aku mintak balik kampung. Tak balik kampunh pergi panjat gunung lah. Tu je biasa kerja aku. Nak gi melancaong luar negara sayang nak guna cuti banyak. Duit pun sayang. Biasa aku akan mintak awal-awal dan kadang-kadang bila dapat cuti pun akan lupa aku mintak cuti untuk apa. Sapa suruh mintak cuti awal sangat.
Aku jenis takkan salin jadual kerja kat mana-mana kertas ke atau letak kat kalendar dalam telefon. Ada yang rajin siap buat macam buku mewarna dalam apps masing-masing. Cara aku senang, ingat je dalam kepala sebab dah boleh agak shif apa kerja seterusnya. Lepas cuti mesti kena buat overtime. Jimat kertas. Lepas tengok dua tiga minit aku pass kat orang lain pula yang dari tadi menunggu. Masa aku nak tengok nilah sibuk semua nak tengok ("Bukan tadi korang dah tengok ke?" dan "time aku nak tengoklah sibuk semua nam tengok" kataku).
Aku buat-buat sibuk. Layanan Christina aku buat-buat tak layan. Padahal kerja aku dah siap. Lepas pukul dua belas malam kerja aku pasti dibereskan. Tak suka aku lambat-lambat. Takut nanti ada kes baru atau apa-apa perkara yang boleh membuat wilayah aku bergolak, kerja sendiri tak siap.
"Please Amir" Dia buat suara gedik macam budak kecik " Please, please, please" Padahal dah ada anak dara seorang kat rumah.
"Boleh lah. U sorang jer yang boleh tolong I"
"MO kan ada. Napa tak suruh dia" tegas aku. Aku tak nak bagi muka. Budak-budak sekarang bukan reti nak berdikari. Belum cuba dah mengalah
"Dr. Jenny also already triedlah. But still failed" Ni dah kes berat ni. Kalau tahap doktor pun gagal aku kena masuk campur. Senior kan.
"She said to asked Amir to do it" Kembang kejap bila doktor pun mintak tolong aku. Betul-betul doktor pun percaya kat service aku ni. Tapi aku masih tak nak mengalah. Aku tak kalah pada pujian.
"Hurmm. Give me ten reason whyyyyyyyyyyy... (Why tu kena pakai nada yang tinggi dan panjang harakatnya)... i need to help you" Aku duduk menyandar bagi kerusi lagi melentik dan memeluk kedua tangan. Muka kasi keras. Jangan nak senyum.
"Why?"
"Then how I want to give medications to her" Ok aku dengar ni.
"I need to give her medications. This doktorlah askto give. if cannot I dielah"
Bila dia sebut pasal ubat, terus aku jadi cair. Nurse dengan ubat memang tak boleh dipisahkan. Doktor order lah ubat macam mana pun, apa cara sekalipun kau kena bagi. Kalau tak bagi bermakna death sentence (jumpa sister/manager) dan bermacam-macam lagi isu yang akan bawa nama kau naik satu deparment. Malu besar weh.
"Yelah-yelah" Aku pun bangun dan pergi ke bilik pesakit. Khidmat pakar yang dikehendaki adalah untuk mencuba masukkan Nasogastric tube (tiub makanan) melalui lubang hidung je. Dengan macam senang sebab ini adalah satu prosedur wajib adik-adik misi yang baru belajar kena lulus ujian. Kalau tak tahu mula aku akan bising ("What are you learn in your school hah?").
"How many times already you tried?" Aku tanya.
"I tried once and Dr. Jenny twice". Bermakna dah sudah capai tahap maksimum, untuk setiap orang. Kena tunggu setengah jam. Bagi pesakit reda dan tenang dulu baru cuba balik. Aku pun nak cuba juga. Ni benda kesukaan aku kut.
Prosedur ni sebenarnya kacang je, kat patunglah. Tetapi bila anda aplikasikan kat manusia sebenar yang normal dan sangat penuh kesedaran, perkara itu jadi susah hingga tahap yang tersangatlah susah yang amat sekali Lebih-lebih lagi bila kau kena mengadap orang tua yang nampak jer tua kerepot tak bermaya tapi tenaga mereka diluar keupayaan manusia dewasa. Ajaib betul. Banyak kali jugaklah kes-kes kena tendanglah , kena cubitlah dan paling kesian kawan aku tu kena gigit pun ada. Jangan memandah rendah kat tangan berurat hijau mereka tu yer.
Kes kali ni adalah seorang pesakit yang teramat tua, usia mencecah hampir nak seabad penuh. Ya, aku tak tipu sebab kat Malaysia ni sebenarnya ramai lagi warga emas yang usia mereka hampir umur ratusan tahun tetapi itu disebabkan zaman dulu dulu punya masalah pendaftaranlah. Beliau masuk sebab ada jangkitan dalam paru-paru (Community Acquired Pneumonia), jadi Respiratory Doktor cakap tak boleh makan, kena puasa, masukkan nasogastric tube dan bagi beberapa ubat. Nampak mudah je order ni . Ingat!! yang mengorder mesti akan senang jerckerjanya. Cuba bayangkan kita tengah mengorder makanan, yang akan bersusah payah nanti adalah chefnyalah, sebab nak kena potong-memotong, memasak dan menghidang.
"This time I don't want to insert. But you will do" Aku dah buat keputusan. Bunyi keras sikit suara aku, walaupun ramai yang kenal aku bukan jenis serius dan suka melawak. Tapi kalau bab melibatkan "learning is process" things, aku nak adik-adik aku terlibat dalam proses pembelajaran tersebut. Dah mula mencebik budak sorang ni. Aku tahu yang dia dah gagal tadi, jadi mesti rasa kurang yakin kini.
"I just assist you je. The rest you do yourself" Aku sambung lagi "If you don't want, I'll go backlah" Aku tahu dia masih teragak-agak.
"But she's very strong ok"
"I'll help you lah. Don't worry" Aku pegang nenek tua tu dan Christina mula masukkan tibu perlahan-lahan lepas ukur dan letak KY jelly. Ada resistance.
"She's fightinglah. Tadi pun macam ni jugak" Mengeliat-liat orang tua ni. Kepala pusing kiri ke kanan. Aku pegang lagi kuat sikit. Sambil memegang tangan, Dr. Jenny kemudian masuk datang menolong pegang kaki. Kali pertama percubaan kami gagal. Kemudian kami cuba untuk kali kedua dan berjaya. Terus cepat-cepat letak plaster. Bila dah siap aku nak balik ke tempat aku. Aku dah mula rasa kelaparan.
Baru nak keluar Christina mula memanggil-manggil nama Aunty tu sambil menepuk-nepuk bahu. Responnya tersangat lemah, kedengaran bunyi suara yang sangat lemah dan di monitor heart rate pesakit mulai turun dengan sangat cepat. Dari seratus lebih terus menjunam ke bawah 40. Pulak dah. Bacaan turun naik ke 30 kemudian ke 50 sekejap sahaja. Kami mula rasa cuak. Aku bertanya
"What her status now?" Aku memandang Dr. Jenny dan Christina bersilih ganti.
"I spoke with her son just now, they said want to keep alive as they want to bring her back home now. They're arranging right now" Pulak dah. Mana sempat oi. Heart rate macam ni, tak sempat orang tua ni nak meninggal kat rumah.
"Thats mean she full code lah. Kita kena resus lah ni ( Resuscitation: bermaksud kena buat CPR dan bagi ubat-ubat yang perlu mengikut situasi tertentu).
"Imposible she can make it...her heart rate still coming down"
"Can we start her on something. Dopamine ke dulu?" Cadang aku. Takkan nak tengok je.
"Can can. Double cont. (concentration: maknanya bikin dose ubat tu kasi dua kali ganda untuk effect lebih maksimun dan kes-kes kritikal macam ni) teruslah" Order Dr. Jenny. Secepat kilat semua buat kerja. Bila Aunty dah tak ada respon maka makin ramai yang datang lepas announcement Code Blue. Ada yang tolak emergency trolley, ada yang buat CPR, dilute ubat dan tak kurang ada yang 'memerhati dari luar' (golongan ini bukan jenis pemalas atau tak nak menolong, tetapi mereka tak dibenarkan meninggalkan pesakit mereka yang lebih memerlukan penjagaan mereka. Kalau ada yang masuk jugak nanti menjeritlah Team Leader dari dalam bilik suruh keluar).
Orang cakap; nak tolong tak boleh, tak tolong pun tak boleh.
Anda bayangkan dengan kekuatan normal seorang dewasa membuat CPR keatas seorang tua yang dadanya senipis kulit buah epal dan tulangnya serapuh maggi yang tak dimasak. Bila kau tekan sekali memang boleh tahan lagi, tapi kalau dah kena tekan (buat CPR) sebanyak 100 kali per minit selama tiga puluh minit, anda akan dengar bunyi beberapa batang tulang rusuk akan patah. Masa tu buat dan berapa berdekatkan akan buat-buat tak tahu jer. Bila tukar giliran, orang lain nak tekan akan rasa lembut jer. Itulah komplikasi utamankalau buat CPR, lagi-lagi buat kat orang tua. Tapi dalam hal kecemasan macam ni, benda-benda mcam tu kena tolak tepi sebab objektif utama adalah nak kasi jantung pesakit kembali berdenyut semula. Dah famili nak bawak balik rumah hidup-hidup, kenalah bertungkus lumus tunaikan hasrat mereka.
Setengah jam kemudian, lepas dah berhempas pulas, segala rawatan terpaksa diberhentikan mengikut Standard Of Procedures (SOP). Semua orang dah penat jugak. Keluarga pesakit terpaksa terima hakikat yang ahli keluarga mereka telah meninggal dunia dan melupakan hasrat mereka nak bawa pulang ke rumah. Christina datang kat aku dengan rambut yang dah serabut gila (" Amboi, work hard nampak"). Nampaklah kerja keras dia buat CPR tu. Pesakit sendiri macam tulah.
"I feel very guilty lah" Eh dia ni sebab apa pulak?
"I think if we not insert the NGT kan, sure she will not die today" Cuak kejap aku dengar. Betul jugak. Tapi dia mati lepas kan, bukan semasa. Aku nak sedapkan hati.
"Nope lah. We just did our job what. Lagipun she's looks very sick already"
Mula-mula rasa macam tu jugak. Tapi bila Dr. Jenny cakap aunty tu datang sebab Bradycardia pun (heart ratenya abnormal, bacaan rendah dari 60/min). Anaknya cakap dia dah sesak nafas dan deman pun beberapa hari dah. Petanda lah tu. Lagipun dah sampai masanya.
Kalau Tuhan nak tarik nyawa dia, kat mana-mana pun boleh mati. Kan.
Tammat.

Comments
Post a Comment