DIARI MISI LELAKI : Hobi vs Kerja
DIARI MISI LELAKI
Kisah 07: Hobi vs Kerja
Syif aku untuk malam ni dah hampir berakhir. Ada beberapa jam lagi nak tamat. Banyak benda nak kena buat hari ni. Tapi balik kerja aku kena tidur awal. Lepas sarapan kena masuk tidur terus sebab petang nanti nak kena keluar cari barang.
Macam tulah rutin aku kalau dapat cuti panjang. Kalau dapat cuti lebih dari tiga hari tu dah kira panjang lagi-lagi bila lepas habis kerja malam, kalau tak di panggil buat overtime tu kira paling untung dan jadi topik bualan sepanjang bulan( "untunglah kau tak payah buat overtime"... "cuti panjang nampak"). Bukan tempat kerja aku tak bayar kerja lebih masa ni, bahkan agak lumayan jugaklah berbanding dekat hospital lain. Kalau jatuh pada waktu cuti umum, kalau maha rajin bolehlah dapat berlipat dua tiga ganda. Kalau nak seribu daya.
Tapi aku rasa dah cukup kut duit yang ada ni. Hidup pun bujang, tak banyak komitmen nak hadap. Setakat sewa rumah, bil kereta dan pinjaman peribadi ni masih cukup(bersyukur) dengan apa yang ada. Bila dah lama-lama kerja, hati ini mula rasa kosong. Dulu hanya tahu pergi kerja, balik kerja. Bila cuti, aku tidur sepuas-puasnya. Sampai satu masa aku mulai rasa 'letih' dan penat dengan dunia aku sendiri yang mana aku perlukan isi kekosongan itu sendiri. Bukan tak ada kawan-kawan di sekeliling atau keluarga tak sayang, cuma aku perlukan sesuatu untuk menjana diri menjadi seorang yang lebih aktif. Aku mula mencari hobi baru. Dulu aku selalu habiskan masa banyak di kedai buku (tak MPH ke popular) mencari buku-buku baru dan cuba menghabiskan naskhah tersebut secepat mungkin.
Aku mula berjinak-jinak dalam dunia hiking ni pada tahun 2013. Masa tu rakan sekerja ajak ke Sungai Chilling di Kuala Kubu Bharu. Tapi itu lebih pada jungle trekking. Kemudian aku mula perlahan-lahan di mulai dengan Bukit Broga di Semenyih dan Bukit Tabur West pada tahun 2014. Kemudian aku sambung belajar untuk enam bulan pada 2015. Semasa belajar tulah aku terus bergiat aktif dalam dunia pergunungan sehingga ke hari ini. Hobi yang aku ceburi ini sebenarnya lagi penat dari kerja dan kadang-kadang tak ada masa nak rehat langsung. Balik mengunung ke membukit ke selalu terus pergi masuk kerja. Kadang-kadang mandi dekat hospital je.
"Hati-hatilah weh hang nak pi hiking esok tu." kata Farah yang duduk tak berapa jauh dari aku.
Hanya beberapa meter, tapi masih boleh dengar suaranya. Suasana kerja pada waktu malam memang jadi sunyi. Hanya akan kedengaran bunyi mesin berfungsi dan monitor. Kadang-kadang boleh dengan bunyi lif berdeting bunyi. Sesekali bunyi alarm tanda ada bacaan yang melebih paras normal hanya di sekali pandang sebab bila duduk kerja di unit ICU ni anda kena ada "common sense" dan rasional setiap apa yang kau buat. Tak pasal-pasal doktor atau senior tanya tak boleh jawab jadi lagi topik bawang of the week.
Kawan-kawan sekerja dah faham dengan konsep aku ni. Kalau cuti mesti pergi naik gunung walaupun sehari. Ada juga yang nak mengikut tapi susah aku nak bawa sebab jadual kerja selalu berlainan shif. Janji hanya tinggal janji. Ajak pun ajak-ajak ayam jer lah.
"Thank you beb...Alah tu dah tempat biasa aku selalu pergi." Aku membalas balik. "Lagipun kali ni aku pergi bertiga dengan kawan aku".
Rakan sekerja aku hampir semua dah tahu kegilaan aku dengan gunung ganang ni. Sampai ada suatu masa kami berkumpul ramai-ramai dekat kaunter jururawat untuk mendengar cerita aku. Rata-rata nak dengar cerita mistik. Sejak kes budak hilang kat Bukit Broga tu, makin berminat diorang nak tahu. Tu tak termasuk lagi cerita yang sesat setiap minggu ada. Sampaikan mereka lagi dapat info lagi cepat dari aku.
"Hang tak takut ke weh?" kata Farah sambil menolak kerusi yang berodanya menghampiri aku.
"Alah bukan aku pergi sorang pun... Ada ramai orang kat sana" Aku mengalihkan pandangan dari melihat ke arah monitor di di dalam bilik untuk melihat Farah yang sedang makin menghampiri aku
"Lagipun tempat aku pergi tempat dah famous sangat...Ramai orang selalu masuk... kat tengah jalan, kat puncak mesti aku jumpa orang nanti" aku beri penerangan sikit, nak beri dia keyakinan.
"Kalau hang aku caya lah... Sebab hang dah selalu pi masuk hutan sana sini" satu pujian yang aku terima dengan hati terbuka tapi aku belum mampu nak mendabik dada. Pengalaman yang baru setahun jagung ni masih banyak perlu di pelajari. Kerusi Farah bertaut dengan dinding dan kemudian beliau menyandar ke belakang sambil menghadap melihat aku. Kacau pulak perempuan ni. Aku baru nak habiskan episod baru cerita gunung aku kat instagram dan blog.
"Selama hang pi hiking ni..hang takde ka jumpa 'benda-benda'.. hantu ka... pernah kena kacau dok?"
Ni topik paling malas aku nak terangkan pada orang luar yang tak pernah terlibat dalam dunia rekreasi luar macam ni. Yang diorang nak tahu kisah-kisah paranormal. Bila tunjuk bukti, cakap tu gambar edit.
" Hang tau dak..." aku pun ubang slang KL jadi cakap utara " selama aku pi hiking ni takdok lah pernah jumpa hantu lagi.. nak nampak jauh sekali... Setakat rasa ada macam orang tengok..bau wangi-wangi dengan rasa meremang bulu roma tu biasa la" aku berkata dari pengalaman. Kali ni menjadi loghat utara lagi. Bila jumpa orang utara ni tak tahu kenapa aku mesti nak bercakap loghat mereka.
"Lagipun aku rasa lah.. hijab aku ni Tuhan tutup lagi. Aku rasa hantu pun takut nak tengok aku"
Dah masuk hutan ni kita kena selalu ingat yang kita adalah tetamu yang tak diundang datang. Tiada siapa mengalu-alukan kedatangan kita
"Macam kita jugak...kalau orang datang rumah kita, macam tulah kut yang depa duk rasa"
Aku sambung lagi "Kalau hang nak masuk hutan.. hang kena jaga adab-adab....Mulut tu jangan celupar nak cakap besar". Biar dah beratus kali naik gunung, tempat orang mesti kena jaga tatasusila. Tiada peraturan yang bertulis di sediakan.
Perbualan kami berlarutan berubah dari topik lain ke topik yang lain. Kerja malam paling mencabar sebab nak kena tahan mengantuk. Aku agak bertuah kerana kerja shif malam kali ni aku sama jadual shif dengan Farah. Beliau antara rakan sekerja paling rapat dengan aku. Kami rapat walaupun tak sampai dua tahun kenal. Dekat hospital ni aku lagi senior dari Farah. Farah dah kerja lama kat sebuah hospital swasta di Penang tapi telah berpindah sejak dua tahun lepas ke Kuala Lumpur sebab ikut suami dia kena bertugas di sini. Farah ni pula dah beranak dua. Jadi antara aku dengan dia tak ada timbul perasaan apa-apa, hanya kawan biasa tapi sangat mesra. Mungkin usia yang kami berdua sebaya buat kami jadi amat memahami antara satu sama lain.
Yang tau...tau la
Tamat....

Comments
Post a Comment