CERITA DARI SEORANG SAHABAT: DARI AMIR UNTUK AMIR
CERITA DARI SEORANG SAHABAT
(4.1.2026/15 Rejab 1446)Aku kalau boleh nak elak jadi pengapit, ramai yang dah cuba try, tapi jodoh tak kesampaian. Bukan takut badi tak kahwin ke apa, tak percaya pun semua tu, tapi disebabkan kekangan masa antara kerja dengan belajar (orang lain belajar jugak tapi course aku ni leceh, ada praktikal test, ada exam, ada kelas fizikal dengan online). Itupun masa hari sanding pagi tu ada kelas online lagi, nasiblah boleh skip dan ada recording tuk tengok balik nanti. Untuk kedua kalinya, selepas 6 tahun, aku sekali lagi tak boleh nak tolak ajakkan orang nak naik pelamin bersama. Aku tolak jugak awal-awalnya, dah tak ada orang lain ke yang layak?. Rem berkeras jugak, aku pun dah tak boleh nak tolak. Kalau buat keras kepala aku jugak, takut Rem berkecik hati. Walhal, family Rem ni aku dah kenal hampir semua dan dorang pun dah selalu kut tengok muka aku datang melawat ke rumah dorang.
Dari mana aku kenal Rem ni tak perlu aku nak singkapkan kembali kisah silam. Jumpa sebab hiking je pun, pastu jadi rapat. Aku nak cerita bab hiking pun, aku malu sebenar, lagi-lagi kalau nak berhiking dengan dia. Mesti kena tinggal, mesti time trek pacak dia ajak berlari-lari pulak. Kalau jumpa dowhill sikit, aku lagi surrender nak kejar, terus lesap hilang. Aku pesan kita jumpa kat parking jela. Kalau dia duk belakang kau pulak, die duduk la menyanyi-nyanyi, bila kau dah nak pancit, lagi kuat dia nyanyi. Annoying gile. Kalau suruh potong tak nak pulak. Aku tau je kenapa tak nak potong, sebab dia ni penakut. Penakut nak jalan sorang. Takut jumpa hantu katanya. Pernah dia datang jauh-jauh dari Perak semata-mata nak naik Gunung Sarut dan Gunung Tebu, back to backBonus aku bawak naik Bukit Keluang sekali.
Masa empat tahu dia pergi berhijrah di Sydney tu aku tau la perjalanan hidup dia, Susah senang kat negara orang. Tambahan lagi dengan sambung belajar sambil kerja lagi. Bila aku berkerja sambil belajar ni, barulah faham lumrah dan strugglenya. Lepas tu pulak yang paling buat aku kagum, Rem siap bawak parent tuk tengok dia konvo kat sana. Punyalah usaha nak bawak dorang tengok dia berjaya memegang segulung ijazah. Dia nak konvo tu pun tak cakap kat aku. Tau-tau keluar gambar je. Itulah bak kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri tak sama.
Bila Rem decide nak balik Malaysia for good and surprisingly to get married, aku pun terkesima, terkejut dan terkagum semua ada. Aku tau di ni jenis orang yang apa jua benda akan dahulukan Mak Abah dia (aku dah panggil parents Rem pun Mak dengan Abah jugak). Masa Rem tengah sanding, aku duduk la semeja dengan Mak makan sambil berborak dikelilingi adik beradik dia. Ayat Mak paling menusuk hati dan perasaan aku bila mak cakap " Mak dah rasa syukur sangat bila Amir kawin (panggilan family kat Rem). Kalau Mak pergi pun, tak ada apa-apa yang mak rasa bertangguh dah....". Mak menangis. Aku bergenang air mata je tahan. Tahan Mir, tahan...
Malam sebelum akad tu aku sebenarnya deman panas sampai migrane kepala dan sakit tekak yang sampai nak telan air liur pun perit. Ada jugak terlintas, kalau tak larat nak bangun, mungkin aku terpaksa tarik diri. Geram jugak, baru masuk tahun baru 2026 ni dah jatuh sakit. Aku mintak rehat dari kerja sehari, makan ubat yang perlu dan patut sendiri dari stok-stok ubat dari kabinet. (aku nurse, so kita self treat dulu) Alhamdulillah, walaupun demam belum kebas sepenuhnya dan dengan penuh keajaiban lillahita'ala, dalam masa dua hari ni aku di beri kekuatan dan semangat yang padu untuk merealisikan cita-cita dan menjalankan amanat hamba Allah tersebut.
Untuk sahabat, Rem, aku tak ada apa boleh diofferkan pertolongan. Nak angkat barang-barang, tangan aku sendiri pun sakit dan memang tak boleh angkat barang-barang berat. Aku hanya dapat pelawa guna Hilux aku tuk bawak barang kesana kemari walaupun hanya sezarah kuman.
Buat teman seperjuangan, demi menjadi seorang yang setia kawan aku terimalah amanah tuk jadi pengapit tu. Aku cakap hang bagi aku tarikh tuk aku mintak request awal sekali untuk roster tahun depannya (3 bulan jugak la awalnya) dan bagi tema baju dan jenis warna tuk majlis nanti. Kalau ikutkan sejarah, tak pernah aku pakai baju melayu, siap bersongket dan berkopiah dari pagi sampai ke petang, walaupun di hari raya sekalipun. Raya kat Terengganu ni panas dia lain macam weh.
Ada satu benda je buat aku terkilan dan tak dapat buat masa hari perkahwinan tempoh hari. Aku nak sangat bagi ucapan masa wedding tu tapi apakan daya, suara aku makin lama, makin hilang. Even nak bergambar pun kena bagi mesej ringkas dekat DJ. Ramai kenalan dan kawan-kawan outdoor yang datang aku tak dapat nak rai dan bersembang lama sebab anak suara pun dah makin sayup-sayup tenggelam dalam peti suara.
Buat Rem (kalau dia rajin baca manuskrip aku ni), aku ambil peluang dan ruang yang ada di sini dan mengambil kesempatan ingin mengucapkan berkalung-kalung tahniah dan mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, jika terkasar budi bicara, terguris kata-kata, terpukul, tersentuh, terambil hak hang secara secara sengaja atau tidak ku sedari. Halalkan juga makan dan minum aku dan yang pastu rumah hang, aku jagakan dengan sebaik mungkin.
Buat Umi, sang isteri bakal bidadari di syurga Jannah nanti, tahniahku juga ucapkan. Doa aku pada kalian, semoga jodoh kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.
P/S: Aku sengaja tak nak pakai tanjak sebab nanti overshadow pengantin. Aku sebenarnya bukan takat jadi pengapit je, tapi kena jadi saksi sekali. Pesan Rem, nanti bawak IC stanby. Pulak
Comments
Post a Comment