DIARI MISI LELAKI Kisah 06: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
DIARI MISI LELAKI
(Gambar Hiasan, yang penting tema tangga)
Tugas aku petang ni kena nak ambik kes post operasi (post operative). Open heart surgery tapi bukan jenis Coronary Artery Bypass atau Valve (Injap) Surgeri. Yang aku lebih nak tau siap dia Pakar Bedah (Surgeon)nya iaitu Dr. Yap dan pakar bius pula Dr. C (Anestetist). Dua-dua orang ni usia dah masuk 60 tahun, tapi masih kuat lagi nak berkhidmat. Aku pernah tanya pada seorang doktor, mengenai usia pencen mereka. Beliau kata dunia kedoktoran (doktor PHd tu tak termasuk) ni istimewa sikit, tak ada umur pencen sebab lesen mereka sah tuk seumur hidup.
Tak macam jururawat, setiap tahun kena diperbaharui lesen masing-masing dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM). Setiap nombor lesen akan mewakili sebilangan nombor yang merupakan nombor pendaftaran masing-masing, senang cerita macam nombor plat kereta. Jadi kalau tengok nombor pun anda dah tahu anda jururawat tahun bila pengeluarannya. Nombor lesen masing-masing adalah rahsia dan mustahil akan sama. Jumlah jururawat yang telah berdaftar hingga kina dah lebih 150, 000 orang dan yang aku punya ni masih dalam lima angka bermakna aku ni kira tahap legen jugaklah.
Aku dah makin nak mengarut. Kira datang kerja tu tak payah ambik kes. Tunggu je kes masuk nanti. Pukul berapa tak tahu. Lepas dengar 'General Report' dibacakan dari satu TL (Team Leader) ke team leader yang lain, semua mula cari kerusi nak ambik kes masing-masing dan aku ke bilik yang bakal menempatkan pesakit aku nanti.
Walaupun belum ada pesakit sendiri aku tetap ada kerja yang perlu dibuat. Tugas aku adalah memeriksa bilik, alat kelengkapan, mencari mesin pam untuk syringes (picagari), Pole drip (tiang) dan menyediakan barang-barang untuk digunakan. Setiap kes barang-barang akan ada sedikit perbezaan tapi cara penyusunan tetap sama. Tak sampai lima belas minit mengemas dalam bilik, aku mula memindahkan nama dari sistem untuk memuatkan data-data peribadi dan latar belakang pesakit. Setiap pesakit akan ada satu file masing-masing yang mencatatkan segala maklumat, keputusan makmal, filem X-ray dan lain-lain maklumat. Hanya klik dan tengok.
Setiap jururawat yang nak ambik kes baru (post op) terutamanya kena tahu pasal pesakit mereka sebab itu akan jadi mudah bila kau nak terima pesakit balik nanti. Dengan mengetahui maklumat nama, umur dan bangsa sebab itu semua akan anda gunakan untuk menjaga pesakit dan keperluan mereka (susah betul nak terangkan dalam bahasa melayu ni). Biasa aku nak tahu adalah umur pesakit. Pesakit aku berumur awal 40- an dan seorang lelaki, Mr. Tan namanya (bukan nama sebenar). Dalam kepala aku dah buat andaian, umur muda-musa macam ni mesti sebab kuat hisap rokok. Tengok jelah nanti.
Masa terluang yang aku, aku tak boleh nak duduk tercongok dan tengok jam je tak buat apa-apa. Aku kena pergi tolong kawan-kawan yang lain buat kerja (bagi ubat, posisikan pesakit, tolak pesakit pergi sana-sini dan tak lupa pergi makan dahulu, sebab tak boleh nak jangka apa akan jadi nanti). Tak sampai tiga jam, dah bunyi dah kecoh-kecoh pesakit aku dah nak keluar. Dr. C yang keluar dulu, sebab nak set up ventilator (mesin pernafasan/mechanical ventilator) dan dia nak membawang aku sikit pasal kes ni. Masa tu hati aku dah berbunga riang sekali sebab pesakit aku balik ada tiub dalam mulut, senang nak jaga sebab mesti ubat tidur (sedation) nanti. Jadi, pesakit aku tak payah nak bergerak sangat dan aku pun duduklah depan bilik tak usah kemana-mana nanti (dah satu hari aku tolong orang tunggang langgang tadi, bagi aku goyang kaki pulak).
Dipendekkan cerita, pesakit aku tu ada tumour besar kat dalam jantung dipanggil Cardiac Tumors
"We didn't able to remove the tumors" kata Dr. C lagi "He (Dr. Yap) just cut opened the sternum and closed it back. To dangerous to remove" Katanya
Aku dengar pun terkedu jugak. Dah potong tulang sternum (tulang yang menyambung tulang rusuk kiri dan kanan) pakai gergaji, lepas tu bukak pulak jantung tapi alih-alih tak dapat buang. Buat habis duit je buat operation. Apalah perasaan pesakit aku nanti kalau tau ini kerjanya.
"Dr. Yap will explain to the wife more later. I'll come back after Chest X-ray done".
Sekarang semua kerja terserah kat aku. Kena setelkan semuanya sebelum Dr. Yap datang, kena buat seorang diri pula tu. Dia tu dahlah garang. Muka tak pernah senyum. Yang lain semua dah sibuk dikala masuk waktu melawat. Semua kena duduk depan pesakit masing-masing. . Malas aku cerita nak cerita panjang.
Lepas Dr. Yap datang, tengok X-ray (Dada) dan pesakit dia tanya aku
"Where is the wife (Madam Tan)?" Suaranya kuat, jenis suka cakap satu dunia dengar. Cepat-cepat aku ambik balik pen aku lepas dia tutup fail. Dia ni jenis tak bawa pen. Tak tahulah aku berat sangat ke nak bawak sebatang pen tu. Tapi yang bagus dia ni tak pernah nak ambik pen orang. Lepas pakai dia akan letak balik atas meja semula. Pun tu pun orang lain punya jugak, bukan pen aku pun.
"She's coming in. I just called her" Aku jawab. Padahal dah lama dah pun panggil masuk, mungkin kena tengah tunggu lif. Waktu-waktu genting (waktu melawat) macam ni, mulalah lif susah nak dapat naik Padan muka kau kena tunggu. Aku sambung buat kerja yang lain sementara nak tunggu Madam Tan sampai.
"Hai Doctor?" Mula-mula aku malas nak ikut round sebab mesti diorang ni akan cakap Chinese. Bukan aku faham sangat pun. Dr. Yap ajak isteri Mr. Tan keluar dari bilik. Sesuatu yang menarik ni. Sebab biasa Dr. Yap tak kisah bercakap kat mana. Kat dalam, kat luar, kat koridor satu dunia boleh dengar suara beliau. Lagipun pesakit aku belum sedar lagi, bukan boleh dengar pun. Masih kuat lagi ubat bius yang ada dalam badan. Aku pun ikut sama nak dengar bila Dr. Yap mula cakap English.
"Well.." Kemudian dia mendengus panjang. Tengah susun ayat nak cakap.
"The tumours are very big. It penetrate into the Aorta and other blood supplies. I did not expected this" Aku dengar sambil duduk sebelah Dr. Yap, silih berganti aku tengok antara Dr. Yap dan Madam Tan. Pen kat tangan kemas aku pegang, bersedia jika Dr. Yap nak pakai untuk lukis untuk beri gambaran penuh dan lebih jelas.
"I did not remove the Tumors at all and close back the heart. If I did proceed the surgery, he could die on the table (Operation Theatre) you know. He will bleeding like a hell then. Ringkas je penerangan, tapi semua kat situ (aku dengan isteri Mr. Tan) faham. Isterinya, Madam Tan dah berubah air muka, mata merah dan mula menangis. Sedih.
"So Doctor, the surgery consider unsuccessful is it?" Serak-serak bunyi suaranya. Dia mengangguk jer "Did he know about this?" Sambil lihat suami dia dari dalam bilik.
"Nope. He still not wake up yet" Aku hanya mengangguk kepala je dari sebelah.
"So what the next plan? What you will do?" Kalau aku kat tempat dia, aku pun akan tanya benda yang sama. Apa rawatan seterusnya, dah pembedahan tak berjaya. Ada kaedah lain ke yang tinggal?.
"I manage to get some tissues sample to check whether the tumos are cancerous or not. Then, I will refer to Oncologist (Pakar Kanser) once the result is ready later. Probably he need to start the chemotherapy or radiotherapy. Either one. They will decide which one the best. If the treatment can shrink the tumors, we will decide from there whether able to remove again or not" Tenang je Dr. Yap ni terangkan satu persatu. Jarang betul aku tengok dia berkarakter baik macam ni. Biasa nak makan orang jer perangai dia.
Paling tidak pun ada jugalah sedikit harapan untuk pulih walaupun akan memakan masa yang agak lama. Aku dapat tahu yang Mr. Tan tahu mengenai Tumor yang dia dapat ni daripada Medical Check tahunan yang dianjurkan oleh syarikatnya, kira-kira enam bulan dulu. Bagus betul tempat kerja macam ni buat pemeriksaan kesihatan secara berkara ke atas pekerjanya.. Kira dia untung jugaklah sebab dapat tahu lebih awal. Katanya masa buat Chest Xray lah yang dapat tahu ada tumor. Lepas tu doktor buat CT Scan (Thorax/Dada) untuk tahu lebih lanjut dan rujuk je doktor pakar untuk buat pembedahan lanjut.
Aku tak berani nak tanya Madam Tan tu sebab dari tadi dia menangis jer.
"So who's gonna tell him about this?" Tanya Madam Tan.
"I think, we let him recover and wake up first. We will deal with it later" dan lepas tu Dr. Yap pun berlalu. Aku pun turut meninggalkan beliau sendirian bersama suaminya didalam bilik. Bagi ruang untuknya berduka nestapa. Dari luar bilik aku nampak Madam Tan makin galak menangis dan mengesat air mata tak henti-henti. Nak masuk hulur tisu pun aku rasa tak sanggup. Tak sanggup nak tengok drama petang-petang ni. Aku pun tersentuh tengok apa yang terjadi. Berita yang diterimanya bagi aku kira sudah jatuh ditimpa tangga. Ingatkan pembedahan berjaya, tapi dapat pula berita lain, berita buruk pulak tu. Biasa macam tulah kalau dah sakit. Nak check satu benda je, tapi akhirnya kena benda lain jugak.
Aku tengah bayangkan macam manalah isterinya nak bagitahu suaminya dan bagaimana suaminya nak hadapi berita macam tu. Bayangkan anda di tempat beliau. Usianya masih muda, pasti ada anak-anak kecil yang aku anggarkan paling muda mungkin baru sekolah menengah. Nak bagi tahu suami dia satu hal, keluarga lain takkan nak simpan rahsia macam tu. Macam mana pula dengan anak-anak?
Demikianlah. Sepanjang aku jaga suaminya sepanjang petang tu (akhirnya Dr. C datang dan cabut tiub pernafasan), ternyata beliau seorang yang baik bagi aku. Setiap masa akan cakap terima kasih. Begitu juga dengan isterinya
Dalam dunia yang macam tak adil ni, kenapa selalu orang baik selalu dapat kesusahan?.
Tamat.

Comments
Post a Comment