DIARI MISI LELAKI: Kisah 10: MATI HIDUP SEMULA
DIARI MISI LELAKI:
Kisah 10: MATI HIDUP SEMULAIMBAS KEMBALI
Selamanya aku kerja sebagai seorang jururawat ni, percaya tak hanya ada satu kes je yang aku rasa kes tu bagai "mati hidup semula" . Kes yang boleh diklasifikasikan sebagai dah tak ada harapan tetapi pesakit tersebut berjaya 'hidup semula'. Bukan jarang jarang berlaku, hampir tiada langsung kecuali kes ni satu-satunya.
SEKARANG
" I don't think he can survive this," kata Dr. Chong sambil mengeleng-geleng kepala usai pulang dari Scan CT Brain (kepala; dia macam X-Ray tapi lagi 2D. Kalau MRI lagi 3D gambarnya). Balik dari Scan otak tu sambung pulak buat EEG ( EEG ni macam ECG, tapi nak tengok brain activity je).
" You see the EEGlah.." kata beliau lagi sambil mulut memuncung tunjuk mesin EEG dalam bilik tersebut dan mengeleng-geleng kepala maksudnya memang tak ada harapan dah. Aku pun tak reti pasal EEG ni, tapi kalau setakat tengok graf kat monitor tengah dipantau tu tunjuk 'flat line' maknanya memang tak ada langsung brain aktiviti lah. Kalau tak ada brain activity maknanya otak dah mati.
"... Most of the time is flat line only. These small-small, tiny-tiny waves here due to ventilator movement". Aku hanya mengangguk faham. Takkan nak melawan, doktor pakar kut tu. Memang kami ni pun tengah menunggu masa je la.
Yang pasti, senang sikit nak jawab. Senang jugak nanti nak bagitahu kat siapa-siapa datang terutamanya doktor-doktor lain. Sejak tiga hari yang lalu, semenjak 'pesakit' yang berstatus VIP dekat hospital ni masuk, semakin ramai yang datang nak tengok. Semua nak tahu status terkini siap bos besar kena keluarkan surat notis amaran dan peringatan yang ICU yang dah sejak azali menjadi kawasan larangan, bertambah terlarang untuk dimasuki. Aku nak masuk keluar ICU pun kena sembunyi-sembunyi, takut diburui paparazzi. Nak pergi kerja pun guna jalan lain nak naik. Lif terlalu flat. Asal jumpa
" Beb.. kat ICU "tu" ape cer skang?"
" ... dengar cite dah KO".
"Beb...,"
"Mir,"
" Dik!".
Daripada mak cik-mak cik cleaner hinggalah akak yang kerja kat food services bertanya. Tak kurang Abang-abang guard yang selalu meronda dan jaga pintu masuk ICU. Semua nak ambik cakna. Semua nak tahu. Bagaimanapun, kalau nak bagitahu memang tak boleh sebab rahsia pesakit tak boleh nak di keluarkan tanpa kebenarah walhal nak sembang dalam lif sesama sendiri ( buat jugak). Kalau tak bagitahu nanti dorang cakap aku sombong dan kedekut. Padahal semua aku nak layan macam kawan-kawan, sama rata.
TIGA HARI YANG LALU
Aku masuk kerja syif petang dan yang penting bukan aku jadi Team Leader (TL) hari tu. Kira agak selamatlah. Ringan sikit tugas aku. Penat jadi TL ni sebab kena pusing satu unit pantau staf buat kerja (masa rajin lah). Kalau nak jadi TL lebih baik pada hari sabtu, tak pun ahad sebab unit tak sibuk.
Walaubagaimanapun, hari tersebut bukan bermakna aku goyang kaki. Sebenarnya, aku tengah menunggu satu kes yang lebih berat dan kritikal sedang menjalani pembedahan sejak dari pukul lapan pagi tadi. Biasanya pukul lima petang keluarlah lah nanti, kalau tak ada apa-apa komplikasi teruklah. Konsep dia, kalau lambat dia keluar, lambatlah aku balik rumah.
Satu kes operasi CABG (Coronary Artery Bypas Graft) atau lebih suka kami panggil Cabbage atau Kobis adalah kes pembedahan yang melibatkan jantung dan memerlukan penjagaan yang sangat intensif terutamanya 24 jam pertama. Jururawat yang nak kena jaga pun kena yang berpengalaman. Aku nak sampai tahap ni pun bertahun jugak ambik masanya.
Selepas pesakit sampai, shif aku yang berbaki pada petang ni sehingga malamlah nanti, tugas aku adalah menjaga pesakit berserta dengan menlunaskan order-order khas daripada pakar bedah (Cardiothoracic Surgeon) dan doktor lain yang merawat, dari segi ubat-ubatan dan segala wayar-wayar yang penuh berselirat. Aku nak mengambarkan pun susah nak cerita sebenarnya. Ringkasnya, tugas aku tu mudah je jika anda tahu macam mana nak handle mesin-mesin, monitor-monitor, pam-pam ubat serta cara-cara ubat-ubat diberi dan bagaimana nak kira dan wayar-wayar tu semua berserta dengan doktor punya order-order. Setiap doktor ada order tersendiri yang dipanggil 'standing order' yang mana anda kena selalu ingat. Metaforanya, kalau ada 100 orang doktor, seratus jenis standing order setiap orang bagi dan tak mustahil ada yang lebih dari satu. Tapi bila dah lama keje ni, semua tu ada dalam tangan je; finger tips gitu.
Sedang seronok aku berborak-borak sambil susun-susun pam ubat dan kemas pesakit yang baru balik dari dewan bedah dengan Suzy, bunyi alarm pengumuman yang memberitahu ada kes kecemasan. Ada pesakit 'collapse' lah tu dekat mana-mana, tapi hari tu lain benar tempatnya, bukan di wad seperti kebiasaanya tetapi dekat klinik. Kalau dekat klinik ni bermakna pesakit luarlah, mungkin. Kalau di kawasan tersebut, leceh sebenarnya nak 'conduct' ACLS sempat tempat sempit, ramai orang yang berkemungkinan 95% hanya akan jadi penonton (lebih-lebih lagi bila si baju biru iaitu misi misi dari ICU tiba, semua akanepas tangan) dan kelengkapan barang tak secanggih di ICU.
ACLS atau Advanced Coronary Life Support; 3 kali ganda lagi gempak dari BLS. Sebabnya kalau anda ada lesen besar ni, boleh jadi team leader masa kejadian tu untuk conduct the code, malah nak suruh bagi ubat apa walaupun tak ada doktor pun boleh. Nak suruh doktor buat CPR pun boleh. Alhamdulillah. Aku ada. Kena bangga sebab susah nak dapat.
Suzy pulak jadi Team Leader petang tu. Dia kena berkejar ke scene secepat mungkin.
"Sorry Amir, I must go.. you boleh settle sorang kan". Kalau dia tak cakap pun aku tahu.
"Ok2.. you go now ... Inalmost finish dah ni". Padahal banyak lagi tak buat. Dari tadi tak duduk-duduk lagi. Sampai-sampai je, terus telefon sana sini, buat bedside Chest X-ray, buat ECG, ambik darah dan buat test,, susun pam ubat yang dah bertingkat-tingkat (kami panggal condo atau apartmen; tengok pada tinggi), conteng mana-mana tempat yang perlu takut tertukar label, plaster mana-mana yang penting dan bagi ubat yang mana belum bagi dari pagi lagi seperti antibiotic. Lepas tu baru dapat duduk. Duduk pun bukan duduk nak berehat, duduk nak taip buat nursing report.
Unit aku jadi tunggang langgang sebab team leader tak ada dalam kawasan. Aku pun tak boleh nak tolong sebab bila dah jaga kes berat macam ni, samaada kau tak boleh tolong orang atau orang pun takkan kacau kau. Semua kau buat sendiri. Besar tanggungjawab. Aku hanya mampu tengok apa yang berlaku.
Setengah jam kemudian, bukan pesakit yang masuk, tetapi seorang junior aku datang mintak mesin defibrillator (kalau biasa tengok kat TV yang orang duk letak alat kt jantung dikiri dan kanan, pastu pasang current, pastu dada terjentak-jentak boleh naik sampai ke syiling punya efek berlakonnya). Dalam realiti, tak jadi macam pun sebenarnya.
Junior aku datang sebab nak kena ambik mesin tu lag, sebab yang ada dalam ICU sejenis canggih sikit. Sejenis yang tam perlu jentak-jentak kat dada sikit. Bila tanya update,"
"They're still doing CPR ...on the floor some more !!". Katanya lagi, ada dua tiga doktor pakar siap bertubi-tubi buat CPR jugak. Lain macam usaha diorang. Sepanjang aku kerja ni, boleh bilang dengan jari dah berapa orang pernah buat CPR ni. Sambil berlari-lari, junior aku tu bawak mesin 15 kg keluar dari ICU dengan jayanya. Lamanya. Biase kalau dah setengah jam dah takkam hidup dah. Otak pun dah mati sebab tak cukup oksigen. Aku pun cepat-cepat buat keje mana tahu nanti boleh tolong-tolong jugak. Jadi makin menarik kes ni.
Dua jam kemudian kes tu masuk. Dipendekkan cerita, orangnya aku memang kenal, semua orang kenal, tapi tak pernah berborak. Mungkin aku tak pernah senyum pun kalau bertembung sebab dia bertugas dekat wad lain. Wad kanak-kanak pulak tu, memang bukan bidang kepakaran aku.
Lepas dua jam di 'CPR' pesakit tersebut masih 'hidup' walaupun sebenarnya nyawa-nyawa ikan. Cepat-cepat diorang hantar ke ICU nak kami stabilkan. Doktor-doktor pun ramai yang turun padang. Semua nak campur tangan, nak berkongsi kepakaran. Doktor yang paling mantap dan padu yang aku ingat adalah Dr. Jude. Memanglah sebab dia seroang Intencivist. Intencivist adalah doktor yang pakar dalam penjagaan dan mengenai ICU khususnya.
Dr. Jude ni tak pernah nak kalut, berperwatakkan selalu tenang dan yang penting kidal sama macam orang aku. Fakta cakap orang kidal ni genius-genius. Masa nilah genius Dr. Jude datang. Segala macam kepakaran, mesin, ubat-ubatan dan barang-barang yang terpaling canggih ada dalam hospital ni akan di cari dan dikeluarkan untuk di guna pakai buat pesakit yang teristimewa ni. Sana sini, doktor-doktor duduk berbincang apa nak buat.
Disebabkan pesakit tadi jatuh pengsan dekat klinik yang mana sudah di 'CPR'kan selama 2 jam dan puncanya masih belum di ketahui selain 'most probably sudden cardiac arrest'. Fokus utama adalah nak 'reserve brain the function' dan nak elakkan recurrent atau berlaku sekali lagi. Salah satu cara adalah Therapeutic hypothermia iaitu rendahkan core temperature badan manusia normal daripada 37°C ke 32°-34°C yang biasa dilakukan paling lama pun 48 jam, dalam kes-kes tertentu. Masa nilah budak-budak yang kerja dalam dewan bedah (Operation Theathre) memainkan akan peranan. Segala apa yang ada kaitan sejuk-sejuk dalam OT tu akan diguna pakai dan banyaklah alat-alat yang tak pernah tengok tapi pernah dengar masa tu belajar dulu digunakan seperti Esophageal thermometerlah, rectal thermether (letak dalam dubur) dan lain-lain. Normal Saline dan solutions lain pun kena letak dalam peti sejuk sebelum nak digunakan (Rajin boleh google dan baca: Post-cardiac arrest brain injury).
BEBERAPA JAM SELEPAS KEJADIAN
"Esok you mesti jaga.." kata Suzy dekat aku sebelum aku balik. Esoknya pulak, aku kerja double shif (7am-9pm/14 jam).
"....Sister already assign siap-siap sapa yang kena jaga". Aku pun terus tengok assignment book. Betul apa Suzy cakap.
" Mak aih..tiap-tiap hari pulak tu. Mantap !!! " Balas aku.
" Hahaha..kontraklah you nanti". Tu perkataan yang kami pakai kalau selalu kena jaga pesakit sama berulang-rulang kali. Kalau Sister dah tulis dengan pen merah, dah tak boleh mengelat, tak boleh nak tukar-tukar kes lain dah. Yelah tu, dah kena ikat kontrak.
DUA HARI KEMUDIAN
Lepas 48 jam. Pesakit masih belum menunjukkan respons pada rawatan. Sudah dijangka, sebab treatmemt masih di tahap yang maksimum atau masih ditidurkan walaupun hakikatnya dah koma. Hari ketiga, baru buat CT scan. Masih negatif. Hari keempat, semua doktor sepakat nak cuba kurangkan ubat tidur pada keesokkan harinya. Hari kelima aku kerja double syif lagi. Kontrak masih bersambung. Pagi ni, Dr. Chong datang sangat awal, padahal baru je off ubat tidur. Dia cakap " just wait and see". Syif pagi berlalu. Masih tiada response apa-apa.
Aku masih ingat, pukul tiga petang aku masuk dalam bilik untuk buat kerja rutin (bila jaga kes berat dan kritikal macam ni, tak boleh sepanjang masa duduk dalam bilik .Tak boleh nak sentuh pesakit sewenang-wenangnya melainkan jika perlu dan kena minimunkan 'handling patient' atas sebab-sebab tertentu. Jadi bila dah sekali masuk dalam bilik, kena optimunkan kapasiti workload dengan maksimunkan segala nursing care yang nak dibuat sekaligus. Sesetengah pesakit boleh jadi sensitif kalau ada small trigger yang mampu merangsang
terutamanya dari segi vital signs seperti tekanan darah dan bacaan nadi.
Walaupun pesakit aku tu masih ditidurkan atau pun peringkat sekarang macam koma sebab EEG dah tunjuk tak ada brain activity, kami diajar untuk tetap bercakap-cakap sebab dorang secara separa sedar mungkin dengar apa yang kita katakan. Tengah cakap-cakap apa yang patuut tu, aku tiba-tiba perasan yang air mata pesakit tu keluar sebelah. Aku tak ambil peduli sangat dan tak rasa hairan pun, sebab banyak kali tengok. Rasa macam normal je benda tu berlaku. Kadang-kadang kita menguap pun keluar air mata. Tapi kali ni lain sedikit, aku rasa seperti ada pergerakkan dekat kelopak mata. Bulu mata macam bergerak-gerak. Macam dia cuba nak bukak mata. Macam.
Aku panggil la kawan aku seorang ni. masuk. Dia tengah percuma masa tu. Saja nak suruh tengok sekali lalu. Aku cakap aku nampak pergerakkan kat mata. Dia pun tilik-tilik dan sendiri nampak apa yang aku lihat tadi. Dia pandang aku. Aku pandang dia. Punya la kami gembira sampai berpeluk-peluk. Kawan aku tu pulak yang menangis gembira. Kawan aku ni pulak selalu jugak berurusan dengan pesakit ni. Jadi aku boleh agak perasaan dia masa tu. Rasa macam ada harapan. Sinar dihujung terowong
Masa Dr. Jude lalu, aku bagitahu la apa yang aku nampak dengan kawan aku tadi. Kadang-kadang info ciput macam ni, nampak macam tak penting tapi, mungkin beri satu klu terbaru dalam kes penyiasatan seperti ini.
" Interesting" Kata Dr. Jude. Dia pulak teruja Dia pun macam tak percaya awalnya terus masuk ke dalam bilik nak jugak tengok reaksi tu semula. Dengar tak sama dengan tengokkan. Kali ni lebih banyak reaksi lebih positif. Contohnya, bila di rangsang pergerakkan pada tangan dan kaki, ada sedikit pergerakkan. Pergerakkan disini bukan macam dalam drama TV yang jari jemari gerak-gerak, lepas tu si sakit tu bukak mata perlahan-lahan pastu boleh bercakap siap sambil berkata " Saya kat mana ni?.
Tak. Dalam alam realitinya 360 darjah berbeza. Pergerakkan yang dilihat melalui rangsangan tertentu sudah cukup akan dijustifikasikan mengikut di bidang perubatan nanti.
Disebabkan dah nak malam, Dr. Jude suruh aku 'restart' balik ubat tidur (sedation) tapi tak setinggi seperti hari-hari sebelum. Sekadar bagi pesakit selesa dan tak melawan dengan mesin pernafasan jika berlaku apa-apa yang tak diingina malam nanti. Malam kan panjang. Besok pagi baru mula off semula ubat tidur dan yang sewaktu dengannya. Esok aku masuk shif petang. Kontrak dah tamat.
KEESOKKANNYA
Bila esok aku masuk syif petang, pesakit tu dah mula sedarkan diri. Alhamdulilah. Di dalam bilik sentiasa di temani keluarga terdekat. Beberapa hari kemudian, tiub pernafasan sudah dibuka dan pesakit sudah kembali hampir keadaan normal. Cuma ada ketikanya mungkin kesan ubatan dan mungkin juga bila berada lama didalam ICU pesakit mungkin terganggu dengan keadaan persekitaran seperti pertukaran siang dan malam serta peredaran masa.
RINGKASAN
Dipendekkan cerita, selepas beberapa minggu, pesakit berjaya discaj dari hospital dan ini adalah satu-satunya kes yang pernah aku jaga dipanggil "mati hidup semula". Bila sesuatu kes yang masuk dalam ICU ni, dah boleh agak kes mana yang boleh pergi jauh atau pergi tak kembali, cuma cepat atau lambat. Memanglah hidup mati ni kerja Tuhan yang tentukan tapi lama-lama pengalaman yang ada tak menafikannya.
Sadaqallah
Misi Compress

Comments
Post a Comment