Posts

DIARI MISI LELAKI: Over Konfiden Sangat

Image
    DIARI MISI LELAKI DIARI MISI LELAKI KISAH 04:  Over Konfiden Sangat    Petang tu aku kerja shift petang(2pm-9pm). Kena pula jadi Team Leader aka ketua unit ICU. Anak-anak murid pasukan pun boleh tahan ok senarai nama. Bila kerja dengan geng sekepala baru boleh buat dengan senang hati. Nak berlenggang ke sana sini pun senang.         Nak dijadikan cerita, ada Code Blue music announcement satu bangunan kedengaran. Bunyinya macam bunyi muzik announcement orang nak suruh alihkan kenderaan ataupun kat supermall. Macam setiap kali aku pergi Sunway Pyramid, mesti berdebar-debar dengar bunyi benda yany sama. Padahal duk kat Mall je pun. Bunyi announcement tulah yang buat setiap team leader akan jadi orang paling tak tentu arah dan kelam kabut sebab nak kena arrange staff untuk ambik kes, mana bilik nak kena letak kes baru ni, nak pakai mesin ventilator mana (mesin pernafasan), bilik dah ready ke belum, nak prepare barang, nak tola...

DIARI MISI LELAKI Dr. Kegemaran

Image
DIARI MISI LELAKI Kisah 03: Dr. Kegemaran        Aku dan Aizat, junior aku yang muda 7 tahun dari aku turun ke 7E bersama-sama. Kalau kerja malam ada geng sekepala baru best dan bersemangat. Aku ni pulak tak kira umur kalau nak buat kawan. Semua aku berkawan tapi yang masuk air jela aku layan. Yang persis lalang aku tak suka sebab aku jenis padi. Biasa tengah-tengah malam atau awal pagi bila dah siap segala kerja, kami akan berfoya-foya turunlah cari makanan. Dah habis buat report dengan filing, mandikan pesakit dan bagi ubat, dan yang penting semua selamat sudah tidur (pesakit) dan keadaaan unit dah tenang, aman damai barulah kami bergilir-gilir turun ke bawah. Kalau turun masa tengah wilayah kawasan bergolak memang akan tercetus perang saudara. Kadang-kadang kalau kerja tak siap (kerja memang takkan pernah siap) dan kaki gatal jugak nak turun, kehendak hati kena diturutkan jua. Nak bagi tahu, dalam hospital aku ada 7E dan Family Mart jer yang bu...

DIARI MISI LELAKI Dr. Kegemaran

Image
DIARI MISI LELAKI Kisah 02: Dr. Tan "Dr. Tan.. Hari ni saya punya last day,(keje) " Aku nak jugak kacau dia masa dia tengah buat round. Lantaklah. Aku tak nak terlepas dia ni. Dia tengok aku dari atas bawah. Aku memanglah selalu bergurau dengan dia. Tapi hari ni aku lain. "Betul ke? Pergi mana" Dia tanya balik dalam nada satu dia macam selalu. Monotone. Mungkin terkejut kut walaupun riak muka macam sembunyi rasa tersebut. "Balik kampung jer. Take a short break". Bila nampak dia buat garisan panjang iaitu tandatangan, aku terus ke objektif yang asal. Tak nak berkias-kias. "Dr. Tan nak mintak ambik gambar. Kita berdua je" Dia mula-mula cakap tak nak "Alah Dr. Tan ni, satu jer. Lepas ni tak jumpa dah" "Hurmmmmmmm" panjang bunyinya. Aku dah tau dah tu tanda dia bersetuju. Itulah bunyi yang biasa aku dengar lepas aku tanya soalan-soalan cepumas dari dia. Dah kau bagi order yang pelik-peli...

Diari Misi Lelaki: Till Death Tear Us Apart

Image
Diari Misi Lelaki  Kisah 01: Till  Death Tear Us Apart         Ni kisah paling menyentuh hati aku sepanjang-panjang aku jadi jururawat di ICU. Aku sejenis hati kering dan tak ambik port kalau ada orang mati. Masa bungkus mayat tu korang boleh lagi mengumpat pasal pesakit lain, keluarga yang buat korang rasa menyampah, doktor-doktor yang berlagak dan order pelik-pelik, kawan-kawan seperjuangan yang tak berapa sekepala, bos korang yang tak bertimbang rasa dan cakap boleh la, makanan yang malam tadi beli tak makan lagi atau nak makan apa lepas ni. Cuma semalam la aku ada seorang pesakit umur 33 lelaki berbangsa cina. Beliau muda lagi dan K (bukan nama sebenar) baru sahaja berkahwin 2 minggu sebelum buat operation buang usus kecil.             Aku tak pasti atau lupa bagaimana kisahnya, samaada beliau dan A (wife beliau) kahwin lepas dapat tahu ada kanser atau lepas kahwin baharu dapat kanser. Dalm masa 6 bulan ni die d...