DIARI MISI LELAKI Dr. Kegemaran

DIARI MISI LELAKI



Kisah 03: Dr. Kegemaran

       Aku dan Aizat, junior aku yang muda 7 tahun dari aku turun ke 7E bersama-sama. Kalau kerja malam ada geng sekepala baru best dan bersemangat. Aku ni pulak tak kira umur kalau nak buat kawan. Semua aku berkawan tapi yang masuk air jela aku layan. Yang persis lalang aku tak suka sebab aku jenis padi.

Biasa tengah-tengah malam atau awal pagi bila dah siap segala kerja, kami akan berfoya-foya turunlah cari makanan. Dah habis buat report dengan filing, mandikan pesakit dan bagi ubat, dan yang penting semua selamat sudah tidur (pesakit) dan keadaaan unit dah tenang, aman damai barulah kami bergilir-gilir turun ke bawah. Kalau turun masa tengah wilayah kawasan bergolak memang akan tercetus perang saudara. Kadang-kadang kalau kerja tak siap (kerja memang takkan pernah siap) dan kaki gatal jugak nak turun, kehendak hati kena diturutkan jua.

Nak bagi tahu, dalam hospital aku ada 7E dan Family Mart jer yang bukak 24 jam. Starbuck, Coffee Beans dan kedai yang tak tersohor sangat tu tutup operasi macam biasa. Di pendekkan cerita, tengah aku cari Roti 6 packs aku, tiba-tiba aku ternampak Doktor Wong datang dari arah bertentangan dengan stetoskop duk bergoyang-goyang dibahunya Terus aku jerit panggil.

"Dr. Wong!!" Satu koridor bergema dengan suara aku. Bukan ada orang pun. Hospital aku punya.

"Hai Amir!" lembut tapi masih dalam nada terkejut" You buat apa sini?" Kerap benar dia pakai baju T-Shirt merah ni. Nak tolak bala ke nak cari feng shui. Pantang tempat kerja aku ada orang pakai pakaian berwarna merah ni. Kalau ada perempuan yang pakai lipstik merah menyala masa keje mesti kena sound bawak jonar (busy atau datang kes yang bukan-bukan).

"Cari makan la" Aku mula rasa lapar lepas bertungkus lumus mandikan pesakit tadi. Sehari kena mandikan mereka sekali. Kalau tak kau kena cop jadi nurse yang pemalas. Satu unit akan tau pasal perangai kau. Tapi itu adalah salah satu tugas harian semua nurse wajib buat terutamanya kalau dah kena jaga unit kritikal macam ICU ni. Walaupun diorang bukan jenis kotor main tanah, tapi hospital ni kan adalah tempat paling banyak kuman-virus dimuka bumi.

"Dr. Wong. I'm looking for you all this week. Now only I can meet you" Aku lega dapat jumpa dia sebenarnya. Nak cakap sesuatu sebenarnya kat dia. Memang aku tengah cari dia sejak beberapa hari yang lalu.

"Why? For what you looking for me ?" Lepas tu dia pergi terjemah balik dalam BM "Kenapa you cari saya?" Doktor ni jenis teramat bagus. Setiap kali aku nak acah-acah pandai speaking London, dia akan balas dalam Bahasa Melayu. Fasih walaupun dalam telo cina yang sungguh kuat kedengaran. Malaysia ma.

"Next week I dah last day keje sini" Aku berterus terang.
"Betulkah? You nak pegi mana pula?" Terkejut dia seakan-akan tak percaya. Mana tahu dah nak dekat pukul satu pagi ni aku tengah buat prank kat dia. Dia pun baru nak balik rumah. On-Call katanya malam ni.

"Betullah. I tak tipu, 30 Jun ni my last day"
"Why you resign. You tak boleh resign" Dia seolah nak pujuk aku.
" No lah Dr. Wong. I nak take short break sekejap. Lagipun dah lama I keje sini. Stress lama-lama sangat"
" But they need you what. No more people left here. No senior sudah" Tersentuh aku dengar ayat tu. Aku hanya senyum je masa tu. Tak tahu nak cakap apa dah.
"I nak you train junior-junior kat ward....." Lepas tuh dia membebel pasal budak-budak baru buat kerja tak pandai, banyak buat silap dan macam-macam lagi. Nak meluah jugak kat sini orang tua ni. Aku pun kadang-kadang tambah garam nak sedapkan cerita. Member kat sebelah sengih macam kerang busuk.

Dr. Wong ni seorang yang ramah, cheerful dan tenang jer. Tak pernah nak marah-marah orang dan cakap tak berbelit-belit; straightforward. Selama aku kerja dengan dia, sekali je aku tengok dia marahkan orang. Tapi memang itu kesalahan besar gila la yang di buat. Kalau aku kat tempat diapun aku akan marah. Ada satu je keburukan dia iaitu tulisan dia memang berbelit-belit. Selalu jugak aku kena jadi tukang mentafsir kalau tulisan khat dia budak-budak ni tak faham. Bila dia meluah pasal management teruk, doktor-doktor lain punya treatment dan pasal nurse-nurse terutamanya yang junior dan baru tak pandai tu aku selalu cakap kat dia suruh jadi garang sikit. Baik sangat orang ambil kesempatan.
"Good for you ma. Baru orang takut kat you"
"Wah. You cakap macam I punya bini la. Suruh I jadi garang jugak"
"Barulah dorang takut Dr. Wong" Aku kesian tengok dia kadang-kadang tu. Macam kena pijak kepala.
"You taulah. Budak-budak sekarang ni. Tegur sikit pun tak boleh. Doktor-doktor muda pun sama je. Even medical students more worst"
"Setuju Dr. Wong" Sangat setuju. Aku tak nafikan yang budak-budak zaman sekarang ni lain macam, doktor-doktor muda pun.

"New generations you know. All 90's baby are very much difference from us. We are the '80's and below' see how life taught us. All from the hardway" itulah dia duk canang dari dulu lagi "You pun 90's jugak kah?

"Eh tak Dr. Wong. I 80's lagi. Late sikit." Tak nak campur dengan 90's aku
"So how?" Kata aku sambil menginjak bahu ke atas sedikit " I dah hantar bulan lepas lagi surat resign Dr. Wong"
"What to do? You sudah hantar, I tak boleh halang you." Pasrah jer aku dengar.
"Dr. Wong. Jom ambik gambar sekali" Cepat-cepat aku bagi telefon kat Aizat. Ada jugak kerja nak buat dari asyik duk tercegat dari tadi
"One more thing, can I hold your stetoscope?" Aku dah lama aim stetoscope dia ni. Kebanyakkan doktor ni stetoskop dorang ni ada nama mereka sendiri. Very limited edition.

"Can-can! Boleh-boleh". 1 2 3. Klik. Sudah. Aku pun nak naik atas balik.
"Ok Dr. Wong. See you again"
"Okay Amir. Best of luck. Take care and good night" Sebak hati nak ucap selamat tinggal. Aku ada jumpa dia lagi lepas beberapa hari tu tapi aku mengelak nak tegur dia. Sedih weh.

Dialah antara doktor yang aku akan selalu ingat dan baik dengan aku. Doktor yang selalu ajak aku membawang tak pasal rakyat marhaen kat hospital tu, mesti pasal perangai psakit yang kadang-kadang terlebih pandai. Kita nak belajar jadi doktor-nurse ni bukan main susah bertahun-tahun nak lulus. Dalam sehari, semua boleh jadi Google Doktor. Yang tau tau la.

Sibuk macam mana pun dia akan tetap tegur aku dari jauh. Dia pernah cakap kat aku suruh aku ni selalu jaga pasakit-pesakit dia. Sebab dia cakap aku tahu style dia dan tahu nak buat apa, tak payah tunggu arahan. Satu penghargaan yang aku terima secara lisan dan tak bertulis. Aku selalu mintak dia transfer keluarkan pesakit dia ke ward biasa jika ICU tak ada katil sudah. Kalau dengan orang lain mesti mati-mati tak bagi. Kadang-kadang dia pesan kat aku

"Amir, If you really need emergency bed, you can transfer out my patient first. No need to inform or call me in the middle of the night. Tomorrow i will search them for myself" Baikkan. Selalu jugak bagi green light kat aku. Lagi-lagi kalau dia tau aku Team Leader hari tu. Tak payah banyak cerita. Satu dalam seribu. Mungkin sejuta. Kalau doktor lain selagi boleh simpan kat ICU lama-lama sampai mati.

P/S: Doktor ni kalau buat normal round mesti pakai Bowtie. Klasik.

Comments

Popular posts from this blog

Diari Misi Lelaki: Till Death Tear Us Apart

 DIARI MISI LELAKI: Kisah 08

 CERITA DARI SEORANG SAHABAT: DARI AMIR UNTUK AMIR