DIARI MISI LELAKI: Over Konfiden Sangat
DIARI MISI LELAKI
DIARI MISI LELAKI
KISAH 04: Over Konfiden Sangat
Petang tu aku kerja shift petang(2pm-9pm). Kena pula jadi Team Leader aka ketua unit ICU. Anak-anak murid pasukan pun boleh tahan ok senarai nama. Bila kerja dengan geng sekepala baru boleh buat dengan senang hati. Nak berlenggang ke sana sini pun senang.
Nak dijadikan cerita, ada Code Blue music announcement satu bangunan kedengaran. Bunyinya macam bunyi muzik announcement orang nak suruh alihkan kenderaan ataupun kat supermall. Macam setiap kali aku pergi Sunway Pyramid, mesti berdebar-debar dengar bunyi benda yany sama. Padahal duk kat Mall je pun. Bunyi announcement tulah yang buat setiap team leader akan jadi orang paling tak tentu arah dan kelam kabut sebab nak kena arrange staff untuk ambik kes, mana bilik nak kena letak kes baru ni, nak pakai mesin ventilator mana (mesin pernafasan), bilik dah ready ke belum, nak prepare barang, nak tolak troli itu ini masuk bilik, nak tahu pulak sapa doktor anesthetist 1st on call hari tu ataupun sekarang dah senang dah ada intencivist (head of Icu department senang cite) sebab nak tahu siapa yang bakal bekerjasama dengan warga jururawat icu nanti, mestilah nak tahu sebab senang nak bubuh mesin ventilator mana dalam bilik mana. Kalau masa kejadian unit tak busy bolehlah mulut dan tangan kau menyuruh orang bawahan buat itu ini. Itupun kalau sempat, sebab kebiasaan Team Leader akan bergegas menuju ke kawasan kejadian bersama dengan seorang lagi staff untuk tengok kes apa. Itu mesti.
Bunyi announcement kejadian kat Emergency unit (wad kecemasan). Bermakna aku kena pakai tanggalah turun. Nasib turun, kalau naik akurela tunggu lif atau naik tangga. Aku takkan berlari sebab nanti penat weh. Nak kena buat CPR lagi. Walaupun aku aktif hiking tapi tak sama bila mengadap hal-hal kegemparan seperti ini. Adrenaline rush tu buat ko macam lipas kudung.
Dipendekkan cerita, kes tersebut adalah seorang pesakit wanita cina yang collapse dekat rumah tak silap aku, umur pun dah 80 tahun lebih. Sakit tua senang cerita. Aku bukan nak cerita pasal diagnosis atau treatment yang doktor bagi. Tapi nak cerita pasal aku yang terlalu over-confident masa tu. Berpegang pada pengalaman bekerja yang dah nak mencecah 8 tahun kononnya.
"I am speaking from my experience you know". Yakin aku bercakap dengan anak pesakit yang mana dah sangat nazak. Dekat Emergency room kami dah buat CPR sebab jantung berhenti, dah shock (tekan pedal kat dada tu) dan bagi ubat kasi jantung naik; alhamdulillah berjaya. Mulut pun dah masuk tiub maka seratus peratus pernafasan dah bergantung pada mesin pernafasan (ventilator). 100 tu bermakna 100% tahap oksigen mesin bagi dengan ubat bius dan muscle relaxation untuk kurang sakit dan 'derita' pesakit.
Tiga ubat inotropes (Noradrenalin, Dopamine dan Adrenaline) dah masuk dalam badan. Inotropes ni adalah ubat yang akan menguatkan otot jantung untuk berfungsi. Setiap satu ada fungsi spesifiknya yang amat susah sampai sekarang pun tak berapa faham Sekian. Kalau nak dilute/mix ubat tu aku tahulah. Bermakna pesakit aku ni dah duduk pada tahap yang paling kritikal sekali. Mana-mana ubat dan alat bantuan dihentikan atau dikurangkan fungsinya maka jalanlah beliau.
Sebagai team leader, tugas aku adalah kena assist dan tolong staff yang akan ambik kes tersebut. Kebanyakannya lebih kepada bedside atau buat procedure, ikut doktor buat round, ambik order atau clarify yang pelik-pelik ordernya dan tengok-tengok kalau yang ambik kes tu junior sikit. Sebab junior ni kerja mereka macam robot. Dorang buat kerja ok, tapi kalau suruh buat A, A jelah dibuat sampai habis.
Selepas semua benda dah setel, pesakit dah dikemas siap (selimut jer padahal bawahnya penuh darah), sekadar nak bagi sedara mara tengok sebab pasti mereka risau tak tahu apa yang terjadi, barulah dapat bukak langsir dan keluar bilik. Masa aku nak sambung buat kerja lain, ada anak anak perempuan pesakit tunggu depan bilik. Nak tak nak aku kena masuk mengadap. Aku terangkan apa yang berlaku, walaupun medical officer dah terangkan terlebih dahulu, orang kata on-behalf la. Kadang-kadang apa yang doktor terangkan mereka tak faham. Masa doktor terangkan semua mengangguk, bila tanya semua kata tak ada soalan. Bila doktor berambus, mulalah sorang-sorang jadi macam malaikat mungkar-nakir tanya soalan macam-macam. Kalau tengah under pressure mesti kena marah balik. Tapi kami yang kerja kat swasta ni rasanya etika kerja kami lebih mesra pelanggan.
Macam aku yang kejap baik kejap tak ni biasa aku cakap yang elok-elok dulu. Yang tak reti bahasa aku cakap straight to the point jer. Sebab tak nak bagi harapan kalau kes dah memang tunggu masa jer.
"How's my mother doing? Are she going to be ok?" Soalan keramat yang selalu orang akan tanya. Soalan yang inginkan seribu harapan dan sinar bahagia. Bila berlaku kejadian macam ni kau kena pandai jawab dik. Sebab ada yang jenis sentap dan tak boleh terima kenyataan nanti. Mula-mula kau kena tanya apa doktor terangkan sebab takut nanti bercanggah jawapan dan kau nak tengok tahap kefahaman mereka. Kalau doktor cakap pesakit boleh hidup kembali mampus kau nak cakap apa nanti.
"Just tell me the truth. I already can picture how bad her condition could be" Aduh. Susah jugak nak explain macam ni. Yang ni nampaknya jenis boleh facing the reality.
"Tell me from your experience. I think you seen a lot of cased like my mom right?" pulak dah. Pengalaman memang banyak tapi lain orang lain ragam, lain sakitnya. Aku kena susun ayat betul-betul, tak nak kerana mulut badan binasa.
"How to say it to you ya.." Gagap jugak mula-mula "Actually.. I don't think she going to make it." Aku pun cakaplah yang seperti doktor cakap tadi yang dia takkan survive, basically sebab dah tua dan ada sakit-sakit lain.
"She's probably can even survive today or even this evening. Her parameters (vital signs) just going as downhill. No improvement at all" . Memang pun sebab alarm kat monitor dah bunyi non stop daru masuk tadi.
" Right now, she's stabilize by the medication which going into her but when the heart just be stop anytime...". Time tu anak dia dah menangis macam hapa dah bila aku sebut pasal mati. Tisu dah lencun basah dah, dari tadi duk kesat air mata. Dia tanya pengalaman aku, aku cakaplah benda betul. Aku pun tak rasa dia boleh (nyawa) tahan tuk beberapa jam lagi. Memang aku konfiden giler cakap. Lepas habis shif, beliau masih hidup lagi. Tak apa malam nantilah orang tua tu pergi agaknya.
Keesokkannya, bilik tu masih berpenghuni. Pesakit yang sama. Masih hidup lagi rupanya. Terkejut aku sebab tak jangka panjang betul nyawa dia. Siap ada response boleh faham orang cakap. Aku terjumpa anak dia. Gembira bukan kepalang aku tengok siap senyum dekat aku. Aku tak cakap apa-apa sebab aku rasa bersalah pulak cakap benda macam tu semalam. Cakap yang mak dia takkan survive dan akan mati. Macam tuhan jer cara aku agak orang nak mati bila.
24 jam kemudiannya berlalu. Si pesakit tersebut masih bernyawa dan dalam tempoh berkenaan kondisinya kedengaran bertambah baik dan aku pun bertambah makin sentap jiwa raga sebab terlampau yakin sangat dengan pengalaman ni. Riak nak mampus. Kan dah makan diri. Segan pulak rasanya nak tengok anak dia lepas ni.
Keesokkannya pula, bila aku masuk kerja rupanya pesakit tersebut akhirnya meninggal jua. Masa tu aku menarik nafas lega. Lega sebab kata-kata aku menjadi kenyataan. Bukan sebab aku nak doakan orang mati sebaliknya aku takut kata-kata aku tu jadi kes saman pulak. Bayangkan kalau pesakit tu hidup balik rumah sihat walafiat. Malu la aku weh.
Aku lalu kat bilik tu dan jumpa anak perempuan dia lagi. Mata masih merah sebab menangis. Dia pun ucap terima kasih kat aku sebab jaga mak dia selama beberapa hari ni. Kembang sejemput. Sekian
Pengajarannya adalah tak salah cakap benda betul, tapi jangan terlalu yakin kan makan diri.

Comments
Post a Comment