DIARI MISI LELAKI Dr. Kegemaran
DIARI MISI LELAKI
Kisah 02: Dr. Tan
"Dr. Tan.. Hari ni saya punya last day,(keje) " Aku nak jugak kacau dia masa dia tengah buat round. Lantaklah. Aku tak nak terlepas dia ni. Dia tengok aku dari atas bawah. Aku memanglah selalu bergurau dengan dia. Tapi hari ni aku lain.
"Betul ke? Pergi mana" Dia tanya balik dalam nada satu dia macam selalu. Monotone. Mungkin terkejut kut walaupun riak muka macam sembunyi rasa tersebut.
"Balik kampung jer. Take a short break". Bila nampak dia buat garisan panjang iaitu tandatangan, aku terus ke objektif yang asal. Tak nak berkias-kias.
"Dr. Tan nak mintak ambik gambar. Kita berdua je" Dia mula-mula cakap tak nak
"Alah Dr. Tan ni, satu jer. Lepas ni tak jumpa dah"
"Hurmmmmmmm" panjang bunyinya. Aku dah tau dah tu tanda dia bersetuju. Itulah bunyi yang biasa aku dengar lepas aku tanya soalan-soalan cepumas dari dia. Dah kau bagi order yang pelik-pelik, mestilah aku tanya kalau tak faham apa yang kau tulis.
" Jom Dr. Tan" Dia mengekori aku dari belakang. Aku perasan ekor mata pesakit-pesakit melihat gelagat kami berdua. Kawan-kawan sekerja yang lain sibuk ikut doktor lain buat lawatan kawasan kut.
"Jangan post kat facebook tau! " Dia warning siap-siap kat aku.
"Yer!" Aku keraskan sikit jawapan aku. "Kalau saya post pun kita bukan friend pun" Aku jawab lagi. Aku memang kaki menjawab sikit dengan dia ni. Doktor-doktor tempat aku ni jenis private sikit hidup dorang ni.
"Dah tu nak ambik kat mana" Soalnya. Aku berhenti dekat koridor. Cantik. Tak ada orang lalu. Line clear.
"Sini jer lah"
"Sini? Tak dak tempat lain" Dia malu kut sebab tempat terbuka sikit. Macam-macam pula Cina ni. Tadi gedik kata tak nak. Sekarang bukan main demand.
"Sini jelah. Lawa-lawa bukan dapat post pun" Aku bagi paku keras balik. Dia sengih.
Aku suruh kawan India perempuan aku ambik (Hema). Nampak tiga kaum bekerjasama bawah satu bumbung. Semangat perpaduan aku tetap kena terapkan walaupun ada yang bekerja di sebalik tabir. Dah itulah hasilnya. Keras gambar doktor kesayangan aku ni posing. Dengan aku sekali nampak gagal disitu. Nampak sangat tak pernah ada orang nak ambik gambar dengan dia.
Dia adalah antara doktor yang aku paling hormat, kagum dan boleh bertoleransi dengan aku. Aku pohon minta apa-apa biasanya ubat dia bagi. Aku bagi cadangan dan pertanyaan selalu je layan otak bengap aku ni. Dia antara doktor yang aku tak payah nak mention nama kalau aku telefon (kami telefon pakai operator hospital, jadi kenal sebut department mana korang buat panggilan) sebab dia dah cam suara aku. Aku pernah call dia pukul empat pagi, syahdu dengar suara dia
"Dr. Tan.. Amir ni.."
"Hurm" Bersalah pula kacau tidur. Tapi dah kerja jaga nyawa orang. Nyawa orang lagi penting. Walaupun kadang-kadang ada doktor yang sangat garang sampai kau lebih rela mati daripada call dorang. Tapi itulah, nyawa kau tak penting, kena call jugak.
"BP (blood pressure) drop ni 70's (mmHg)....." segala details kau bagi tahu" tapi kena the simple and precisely. Tak boleh meleret sebab dorang punya roh tak balik sepenuhnya lagi ke badan dan otak tengah mamai.
"Nak start apa-apa tak...." Situ kau kena bagi cadangan. Kalau tak makan diri. Kalau tak dapat jawapan "Observe first", "See how's first" atau "Call other consultant" haru weh.
Style dia aku dah hafal, semua dalam poket baju (seluar keje tak ada poket) dan dia tak pernah sekali pun marah aku (aku jer selalu tinggi suara dengan dia) . Sampai member-member aku siap suruh aku tolong call dia tanya itu ini sebab diorang tahu aku rapat dan baik dengan dia walaupun aku tak jaga/incharge pesakit dia.
Tapi hubungan kami hanya atas dasar profesional dan kerja. Sampai sekarang aku tak pernah mintak nombor telefon dia mana tahu kalau ada famili sakit boleh mintak pertanyaan dan pandangan.
P/S: Aku post jugak weh

Comments
Post a Comment