Diari Misi Lelaki: Till Death Tear Us Apart

Diari Misi Lelaki 






Kisah 01: Till  Death Tear Us Apart

        Ni kisah paling menyentuh hati aku sepanjang-panjang aku jadi jururawat di ICU. Aku sejenis hati kering dan tak ambik port kalau ada orang mati. Masa bungkus mayat tu korang boleh lagi mengumpat pasal pesakit lain, keluarga yang buat korang rasa menyampah, doktor-doktor yang berlagak dan order pelik-pelik, kawan-kawan seperjuangan yang tak berapa sekepala, bos korang yang tak bertimbang rasa dan cakap boleh la, makanan yang malam tadi beli tak makan lagi atau nak makan apa lepas ni. Cuma semalam la aku ada seorang pesakit umur 33 lelaki berbangsa cina. Beliau muda lagi dan K (bukan nama sebenar) baru sahaja berkahwin 2 minggu sebelum buat operation buang usus kecil.

            Aku tak pasti atau lupa bagaimana kisahnya, samaada beliau dan A (wife beliau) kahwin lepas dapat tahu ada kanser atau lepas kahwin baharu dapat kanser. Dalm masa 6 bulan ni die duk masuk keluar masuk keluar je sebab cancer kat perut tu asyik berdarah non stop. Lepas operation yang kedua, semua segala usus kecik, besar mahupun perut yang ada dah dibuang sebab dah hitam legam (aku tak pernah tengok hitam macam tu selama 8 tahun kerja). So maknenyer seumur hidup beliau nanti kena berak melalui lubang stoma yang dibuat khas. So die takkan ada sisa pepejal, segala yang dibuang adalah cecair yang tak sempat jadi najis dan hanya bergantung hayat pada TPN (Total Parenteral Nutrition), sejenis cecair makanan yang masuk melalui saluran darah.

            Dipendekkan cerita, semalam K meninggal dunia. Memang aku tak berada di tempat kejadian sebab aku tak kerja. Tapi petangnya aku ada. Aku sempat jumpa A isterinya. Aku dari awal shift cuba mengelak nak berjumpa beliau. Aku terasa ada bonding dengan beliau. Sebelum K tak sedarkan diri masuk ke bilik bedah buat kali terakhir disebabkan pendarahan yang tak berhenti-henti dari dalam perut, akulah orang yang menekan perutnya sambil duduk diatas katil bersama-sama beliau untuk berhentikan pendarahan, manakala rakan-rakan yang lain bersama doktor menolak katil masuk ke dalam bilik bedah. Masa tu aku dah abis waktu kerja dan kerja aku sudah pun siap tetapi aku tetap nak stay nak tolong dan nak bantu apa yang aku rasa mampu. Sempat aku bibitkan kata-kata motivasi kat K time tu "good luck" dan "don't worry, we're going to take care of you" kat beliau masa ditolak atas katil tu berkali-kali. Masa tu die masih sedar dan boleh bercakap, tapi aku cuba tak pandang mata dengan muka die sbb rasa kesian, simpati dan sedih, takleh nak bayangkan. Tu kali terakhir aku tengok beliau, selepas masuk ICU, aku hanya melawat diluar bilik sebab rasa macam tak sanggup nak tengok. Apa yang buat aku sedih dan terkilan bila tengok wife die.

           Beliau masih tak nak "let him go peacefully'. Love story diorang aku tak tahu sangat cuma dia pernah cerita diorang couple tiga ke lima tahun macam tu lepastu kahwin. Wife die cakap dorang bercinta macam orang lain juga pengalamanya sebab aku pernah sembang denganya. Dia pernah kata, baru je kahwin dua minggu, sejak tu, asyik masuk keluar masuk keluar ICU dengan hospital je. Die rase life die kat hospital jer dan nasib baik kitorang nurse-nurse baik dan rajin melayan dia. A selalu bilang kat aku yang dia rasa sedih sebab tak dapat merasa alam perkahwinan macam orang lain, gaduh laki bini, merasa nak anak dan sebagainya.

            Petang sebelum K meninggal tu aku g lah pujuk wife die sebab die menangis non stop dari semalamnya lagi. Aku gagahkan diri nak berdepan dia. Airmata tahan jela. Aku siap peluk sebelah tangan (berlapik okey) wife die sebab kesian tengok. Betul-betul kesian, sayu je suasana time tu. Semua orang duk pujuk sebab dia tak nak g tengok husband die dah. Aku pujuk dia tuk g tengok husband dia yang dah tak sedar-sedar dah tu buat sekian kali. Sebab doktor dah cakap yang K takda harapan dah. Mungkin beberapa jam lagi jer hidup.

             Mestilah A tak boleh terima sebab bayangkan dia tak pernah fikir negatif dan still berharap husband dia akan hidup balik dan sihat seperti sediakala. Dia tak dapat terima bila doktor cakap macam tu, macam kena renjatan eletrik bila dapat tahu, terus nangis non stop. Masa tengah aku pujuk aku ada cakap kat dia
     
          "we love you, we all love you here, see your mother, father.. they're all here to be with you.. to support you"... sebab die cakap kalau K pergi dia takda sapa-sapa dah dalam dunia ni. Aku cakap

         " i know you, you the one who always be with him day and night". Tu je aku mampu cakap. Lepas aku cakap camtu wife die cakap kat aku
       
           ".. but I still can hope for miracle right..".. time tu aku tak tahu nak cakap apa. Tetiba aku rasa mulut aku terkunci. Tuhan je tahu perasaan aku. Rasa geram bercampur sedih. Geram sebab A masih tak paham-paham.

           Die still berharap yang K akan sembuh sediakala walaupan sekarang ni dia dah nyawa-nyawa ikan, bergantung hanya mesin pernafasan dan ubat-ubat tuk support. Kali ni memang takda harapan langsung, aku bukan Tuhan tapi pengalaman aku cakap takda orang pernah survive kalau dah sampai situasi macam ni. Rasa sedih pula sebab mengenangkan apa yang terjadi kat dia. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul A cakap kat aku

             " U know me since day one we came here right, u know what happened right".. aku cakap

            " yes A, i know everything and always be with you, everyone know, we always be with you". Entah betul tak apa aku cakap ni sebab aku tak tahu nak cakap apa. Aku bukan jenis pandai memujuk. Lepas tu aku ajak die g tengok K

            " Lets we go see K now, spend as much as posibble time left now for you to be with him, say whatever you want to say to him" aku angkat die bangun

               "Come we go now, don't waste your time anymore".

           Aku angkat dan pimpin tangan dia sampai ke bilik. Lepas A masuk aku pun balik ke pesakit aku. Tak sanggup nak tengok drama seterusnya. Lepas tengah malam tu K meninggal dunia. A ada cakap lepas K meninggal
 
           "Why you don't want take me with you"... sedih betul aku mengenangkan mereka berdua ni. Dengan tak sebulu dengan mak mertua lagi. Betul-betul rase mcm ada satu perhubungan persaudaraan giler dengan dorang. Pesakit lain yang duduk setahun pun takda aku feeling-feeling macam ni. Lagi sedih bila kena time musim perayaaan macam ni. Teringat pula kat pengalamanan sendiri.. Kit; may your soul rest in peace

 P/S: Bergenang airmata masa tulis ni

Comments

Popular posts from this blog

 DIARI MISI LELAKI: Kisah 08

 CERITA DARI SEORANG SAHABAT: DARI AMIR UNTUK AMIR