Posts

Showing posts from December, 2019

DIARI MISI LELAKI Dr. Kegemaran

Image
DIARI MISI LELAKI Kisah 03: Dr. Kegemaran        Aku dan Aizat, junior aku yang muda 7 tahun dari aku turun ke 7E bersama-sama. Kalau kerja malam ada geng sekepala baru best dan bersemangat. Aku ni pulak tak kira umur kalau nak buat kawan. Semua aku berkawan tapi yang masuk air jela aku layan. Yang persis lalang aku tak suka sebab aku jenis padi. Biasa tengah-tengah malam atau awal pagi bila dah siap segala kerja, kami akan berfoya-foya turunlah cari makanan. Dah habis buat report dengan filing, mandikan pesakit dan bagi ubat, dan yang penting semua selamat sudah tidur (pesakit) dan keadaaan unit dah tenang, aman damai barulah kami bergilir-gilir turun ke bawah. Kalau turun masa tengah wilayah kawasan bergolak memang akan tercetus perang saudara. Kadang-kadang kalau kerja tak siap (kerja memang takkan pernah siap) dan kaki gatal jugak nak turun, kehendak hati kena diturutkan jua. Nak bagi tahu, dalam hospital aku ada 7E dan Family Mart jer yang bu...

DIARI MISI LELAKI Dr. Kegemaran

Image
DIARI MISI LELAKI Kisah 02: Dr. Tan "Dr. Tan.. Hari ni saya punya last day,(keje) " Aku nak jugak kacau dia masa dia tengah buat round. Lantaklah. Aku tak nak terlepas dia ni. Dia tengok aku dari atas bawah. Aku memanglah selalu bergurau dengan dia. Tapi hari ni aku lain. "Betul ke? Pergi mana" Dia tanya balik dalam nada satu dia macam selalu. Monotone. Mungkin terkejut kut walaupun riak muka macam sembunyi rasa tersebut. "Balik kampung jer. Take a short break". Bila nampak dia buat garisan panjang iaitu tandatangan, aku terus ke objektif yang asal. Tak nak berkias-kias. "Dr. Tan nak mintak ambik gambar. Kita berdua je" Dia mula-mula cakap tak nak "Alah Dr. Tan ni, satu jer. Lepas ni tak jumpa dah" "Hurmmmmmmm" panjang bunyinya. Aku dah tau dah tu tanda dia bersetuju. Itulah bunyi yang biasa aku dengar lepas aku tanya soalan-soalan cepumas dari dia. Dah kau bagi order yang pelik-peli...