Diari Misi Lelaki: Till Death Tear Us Apart
Diari Misi Lelaki Kisah 01: Till Death Tear Us Apart Ni kisah paling menyentuh hati aku sepanjang-panjang aku jadi jururawat di ICU. Aku sejenis hati kering dan tak ambik port kalau ada orang mati. Masa bungkus mayat tu korang boleh lagi mengumpat pasal pesakit lain, keluarga yang buat korang rasa menyampah, doktor-doktor yang berlagak dan order pelik-pelik, kawan-kawan seperjuangan yang tak berapa sekepala, bos korang yang tak bertimbang rasa dan cakap boleh la, makanan yang malam tadi beli tak makan lagi atau nak makan apa lepas ni. Cuma semalam la aku ada seorang pesakit umur 33 lelaki berbangsa cina. Beliau muda lagi dan K (bukan nama sebenar) baru sahaja berkahwin 2 minggu sebelum buat operation buang usus kecil. Aku tak pasti atau lupa bagaimana kisahnya, samaada beliau dan A (wife beliau) kahwin lepas dapat tahu ada kanser atau lepas kahwin baharu dapat kanser. Dalm masa 6 bulan ni die d...